Wednesday, December 10, 2008

next..

  • pasal basuh kete?
  • pastikan promote niaga kit
  • live below means..mcm syed mokhtar
  • kongsi kete?
  • rncang perjalanan.macam aku terlepas teksi
  • parking free.
  • berjimat dgn printer
  • bertindak
  • membaca-invest kat buku dapat lagi byk untung
  • jage keselamatan..elak kete dicuri..beg diragut..sume kos dan bahayakan nyawa.
  • nilai kembali prepaid dsb..if byk kol dl..if byk sgt handset dll..

Tuesday, December 9, 2008

kisah penipu

kisah kene tipu di menara tm

kisah 1

Saya ketika itu sedang menaiki tangga untuk bergerak ke menara TM daripada stesen LRT. Saya kemudiannya dipanggil oleh seorang lelaki daripada belakang. Beliau mengadu bahawa rantainya terputus dan menunjukkan motornya di seberang jalan. Tangannya penuh dengan minyak.

Beliau mengatakan dompetnya berada di dalam sebuah van dan van tersebut telah dibawa pergi oleh seorang lain. Beliau memaki-maki orang tersebut untuk meyakinkan bahawa itu bukanlah kesilapan dirinya meninggalkan dompet tersebut. Telefon bimbitnya pula kehabisan bateri.

Beliau berulang-ulang kali mengatakan, adik, setakat RM50 tu abang boleh gantilah. Adik bagi RM30 pun abang boleh ganti RM50. Beliau juga cuba mendapatkan simpati dan cuba membuat saya rasa bersalah jika tidak membantunya. Akhirnya, saya tewas dan memberikan KESEMUA duit yang saya ada pada ketika itu walaupun tidak sampai RM50.

Ketika berjumpa dengan abang saya di Menara TM, abang saya dengan yakinnya mengatakan saya telah ditipu. Tapi hati kecil saya sangat yakin bahawa beliau akan menghubungi saya kembali. Ternyata telahan saya salah.

Setelah direnung kembali, saya baru perasan beberapa perkara yang mencurigakan ketika kejadian tersebut iaitu :
  1. Ketika saya mengatkan bahawa saya ingin berjumpa dengan abang saya di atas ( lagi beberapa meter sahaja jaraknya), dia enggan untuk ikut sama atau tunggu di situ. Saya sudah katakan kepadanya bahawa saya tidak mempunyai duit yang mencukupi tetapi abang saya sudah tentu ada. Nampaklah sebenarnya dia takut untuk berjumpa dengan abang saya yang mungkin jauh lebih sukar ditipunya (ketika itu saya baru belasan tahun).
  2. Ketika saya cuba bergerak pergi daripadanya, dia ada melihatkan gaya cuba memaksa saya berhenti dan memberikan duit kepadanya.
  3. Beliau nyaris-nyaris memberikan telefonnya kepada saya untuk menuliskan no telefon yang perlu dihubungi ketika ingin memulangkan duit. (Pada mulanya, dia mengatakan telefonnya kehabisan bateri).
  4. Gaya dan raut wajahnya ketika saya sedang mengeluarkan duit daripada tempat saya mengyimpan duit begitu jelas dia mempunyai niat jahat. Beliau dengan begitu bersungguh-sungguh memastikans saya memberikan KESEMUA duit yang saya ada ketika itu.

Kisah 2

Ini kisah yang baru saya alami. Sememangnya saya tidak cukup belajar walaupun daripada pengalaman sendiri. Jarak antara dua kisah yang berkaitan saya ini agak jauh. Kira-kira 5 tahun.

Kisahnya begini, saya sedang menunggu kawan saya dan duduk di atas motorsikal. Saya kemudiannya disapa oleh seorang lelaki dan meminta saya meminjamkan duit kepadanya untuk dia memperbaiki motorsikalnya. Saya pun dah lupa secara spesifik apa yang rosak dengan motornya. Maklumlah, saya tidak pakar bab-bab motorsikal ni.

Walaupun motorsikalnya "rosak", tetapi motorsikal tersebut masih dapat bergerak. Saya pula ketika itu baru sahaja mempunyai duit yang agak banyak. (Melebihi RM50). Saya akhirnya memberikan juga RM50 kepadanya seperti diminta kerana :

  1. Beliau memberikan saya IC beliau kepada saya. (Tidak silap saya, saya sebenarnya boleh didakwa kerana menyimpan IC beliau). Bagi saya, itu adalah jaminan yang paling kuat yang saya miliki ketika itu.
  2. Beliau menulis sedikit perjanjian berkenaan pinjaman tersebut di atas sehelai kertas. (Kononnya boleh dijadikan bukti oleh saya jika perkara ini dilaporkan kepada polis)
  3. Beliau memberikan telefon bimbitnya.
  4. Beliau menceritakan kisah-kisah yang menyentuh hati tentang kerjaya penghantar suratnya. Banyak surat yang ingin dihantar, jauh dan pelbagai lagi. Memang sangat menyentuh perasaan.

Kesudahannya, beliau memulangkan sebahagian kecil daripada wang tersebut. Itu pun kerana saya memegang IC nya. Ketika ini baru ada unsur-unsur desakan olehnya bagi memulangkan IC nya. Alasannya untuk mendapatkan kembali IC tersebut adalah kerana beliau ingin keluarkan wang daripada Tabung Haji. Itulah pertemuan kedua dan terakhir saya dengannya.

Saya kemudiannya bertanyakan beberapa orang termasuklah peguam tentang langkah yang boleh saya lakukan. Memang saya boleh melaporkan kepada polis, tapi prosesnya kemudian akan menyusahkan saya juga. Turun naik mahkamah dan sebagainya.

Malah, jika ada dokumen perjanjian bernilai RM5,000 misalnya sekali pun, belum tentu berbaloi untuk kita membawakan kes tersebut ke mahkamah. Kerana kita hampir pasti mengalami kerugian juga akhirnya.

Saya ada banyak lagi kisah bagaimana orang-orang yang terdekat dengan saya turut mengalami penipuan seperti di atas malah dalam jumlah yang jauh lebih tinggi. Mereka memberikan cek tendang dan pelbagai helah licik yang lain.

Satu sahaja pesan saya, jauhilah orang-orang seperti di atas dan jika perlu memberikan kerana dipaksa, cubalah jangan berikan semua wang anda anda. Berilah seminimum mungkin. Berhati-haitlah juga ketika memilih tempat yang anda akan lalui dan cuba elakkan daripada jalan berseoarangan.

kad kredit

Kad kredit sememangnya merupakan satu lambang status kepada ramai orang. Tapi mereka sebenarnya terpaksa membayar kos yang begitu tinggi untuk memiliki rasa bangga tersebut.

Kayu ukurnya mudah sahaja. Jika anda mampu menyelesaikan KESEMUA hutang kad kredit tersebut pada hujung bulan, anda layak memiliki dan terus menggunakan tersebut. Jika anda gagal, saya cadangkan anda berhenti menggunakannya serta merta.

Saya tidak dinafikan beberapa faedah dengan menggunakan kad kredit. Tapi jika kita selama ini sentiasa menghabiskan duit membayar "bunga" kepada syarikat kad kredit, di manakah faedahnya? Kita boleh bercakap tentang faedahnya jika kita mendapat pulangan yang menguntungkan kita. Ia memerlukan disiplin dan ilmu pengetahuan yang berkaitan.

Sebagai ganti kepada kad kredit, saya cadangkan anda menggunak kad debit. Mungkin hidup kita sukar apabila berhenti menggunakan kad kredit. Alah bisa, tegal biasa. Dengan menggunakan kad debit, kita akan sesekali berbelanja melebihi daripada duit yang kita miliki. Ia akan membuatkan kita sentiasa sedar dari. Ia diibaratkan kita sentiasa berpijak di atas bumi yang nyata. Hiduplah di bawah kemampuan sebenar kita.

Setiap pengguna kad kredit pasti dibebani dengan "bunga" yang tinggi pada setiap bulan. Syarikat-syarikat kad kredit bukan sesuka hati menawarkan hadiah yang lumayan sebaik sahaja kad anda diluluskan. Mereka menjalankan perniagaan. Setiap tindakan adalah hasil daripada kajian yang teliti. Hadiah-hadiah lumayan itu hanyalah secebis daripada pendapatan lumayan yang bakal mereka perolehi daripada kita kelak.

Sebab itu jugalah mengapa kita tidak ditawarkan hadiah yang lumayan ketika membuat kad debit. Pihak pengeluar kad tidak berkesempatan untuk mendapat pendapatan lumayan daripada kita.

Anda mungkin merasakan begitu sukar untuk berhenti menggunakan kad kredit dengan serta merta. Oleh itu, saya cadangkan anda menggunakan satu sahaja daripada beberapa kad kredit yang anda ada. Dengan mempunyai banyak kad kredit, ia hanya mendorong kita untuk berhutang dengan berkali-kali ganda lebih banyak.

Selepas itu, tetapkan matlamat untuk anda berhenti menggunakan kad kredit tersebut dan melangsaikan semua hutang tersebut. Jika anda rasakan masih memerlukan kad kredit tersebut, simpan sahaja tanpa menggunakannya. Jika pasangan anda lebih kuat disiplinnya, boleh minta pasangan anda simpankan. Kad itu hanya boleh digunakan ketika keadaan betul-betul mendesak. Bukan terdesak untuk membeli belah tetapi atas sebab-sebab kecemasan. Sebagai contoh, kereta anda rosak teruk akibat bajir kilat di rumah anda. Jadi anda memerlukan wang dengan segera untuk memperbaikinya. Contoh yang lain adalah seperti rawatan kesihatan.



next -pasal di tipu tu..

Tuesday, December 2, 2008

Satu fenomena yang kita dapat lihat sekarang adalah terlampau banyak pihak yang mengadakan kutipan derma tidak kira walau di mana. Mereka menjadikan tempat-tempat berikut :
  • di luar pintu bank-bank terutamanya pada waktu malam dan hujung minggu
  • bergerak dari rumah ke rumah dan restoran ke restoran
  • di pintu-pintu pagar masjid
  • di kaki lima

Itu adalah yang meminta dengan tidak begitu persuasive atau meyakinkan. Terdapat satu golongan lagi di mana mereka akan meminta dengan penuh meyakinkan. Mereka akan mereka-rea pelbagai cerita dan kisah sedih yang bakal menyentuh perasaan sehingga anda tidak sampai hati untuk tidak memberi langsung duit. Jika anda memberi pun, anda akan tetap rasa serba salah jika tidak memberikan dalam jumlah yang mereka kehendaki. Hebat bukan? Ya! Itulah serba sedikit kisah tentang kehebatan mereka.

Ingin saya kongsikan 4 kisah ringkas bagaimana golongan seperti ini telah berjaya memperdayakan saya serta ahli keluarga saya yang lain.

Kisah 1

Ketika itu saya ingin ..citelah die maki kaum lain ..ade unsur coercion dll..

jangan tunduk pada pujuk rayu

-ni orang mintak sdekah tapi sihat dll..yg aku kene tipu..akak aku..ayah aku..

Monday, December 1, 2008

jangan letak duit byk dalam wallet ..ni bertindih dgn yg sdia duit kecil tu.so ..pls delete yg ade dalam duit kecik tu pasal aku sntuh duit dalam wallet nih..

Semua orang sememangnya malas untuk ke bank dan "cucuk" duit. Oleh itu, ramai di antara kitayang lebih selesa menyimpan wang yang agak banyak di dalam dompet. Mudah kata mereka.

Antara keburukan mempunyai wang tunai yang agak banyak di dalam dompet adalah :
  1. anda akan merasakan wang anda begitu banyak. Jika ada RM300 di dalam dompet misalnya, setakat nak beli barang bernilai RM20 terlampau murah bagi anda. Jadi anda denga mudah mengeluarkan duit tersebut. Tapi bayangkan ketika itu hanya ada RM50 sahaj di dalam dompet anda. Anda akan berfikir dua kali untuk membelanjakkannya. Apatah lagi jika hanya ada RM20. Anda sudah hampir pasti tidak akan membelinya !
  2. anda akan dengan mudah mengeluarkan duit anda jika ada sesiapa meminta secara paksa mahupun secara pujuk rayu yang begitu berkesan. Saya ada huraikan berkenaan perkara ini di dalam tips yang lain.
  3. Anda akan menjadi perhatian orang yang berniat jahat seperti perompak, penyamun dan penagih dadah. Apa sahaja sanggup dilakukan oleh mereka asalkan matlamat mereka tercaapai.
  4. Jika dompet anda dicuri atau tercicir, anda tidak boleh "memanggil" semula duit anda yang telah hilang tersebut. Di sini pulalah kad debit menyerlahkan kelebihannya. Jika kad debit anda yang hilang, dengan serta merta anda dapat menghalang orang lain daripada menggunakannya. Oleh itu, duit anda terselamat. Kesemuanya.
naik kereta minyak dan tol pun dah brp..murahnyer.. tu pun saya tmpah pada tarikh kira2 2 bulan dari skrang jer..

maybe ade yang balgi alasan..ala kf..beli 5 bulan awak..sush..karang tak jadi..dlete yg 5 bulan tu.jadikan 2 blna..

just cakp..bygkan if 5 blan i/o 2 bln..lagila byk penjimatan yg dapt
yg rm 7 tu..

Jika termasuk semua kos seperti cukai airport dan pengurusan, harga bersih untuk tiket ke Singapura tersebut baru 54.50 MYR dari LCCT
Kesimpulannya, dengan bersedia lebih awal, anda akan berpeluang untuk melakukan survey yang lebih menyeluruh. Anda mempunyai masa lebih daripada mencukupi untuk bertanyakan kepada rakan-rakan dan sanak saudara tentang apa yang dicari oleh anda.

Dengan masa yang ada, anda boleh membuat sedikit perbincangan untuk mendapatkan pakej yang terbaik dengan beberapa peniaga yang tersenarai dalam senarai akhir anda. Dari sinilah anda boleh berunding dan akhirnya memilih yang terbaik berdaasarkan kriteria yang anda telah tetapkan.

Dari segi harga, keuntungan yang boleh diperolehi amat jelas sekali. Sebagai contoh, kita ingin pergi ke Singapura 5 bulan yang akan datang. Jika kita membeli tiket Air Asia pada hari ini, harganya mungkin tidak sampai RM100 dengan promosi-promosi terkini yang dilakukan. Jika dilihat di akhbar pada hari ini ketika tips ini ditulis, Air Asia mengikankan di surat khabar utama harga tambang untuk ke Singapur hanyalah RM7. Malah tanpa sebarang surcaj bahan bakar !

Jika kita membeli tiket seminggu sebelum perjalan tersebut sudah pastilah harga tiket telah mencecah ratusan ringgit. Bayangkan betapa banyaknya penjimatan yang dapat kita lakukan. Semuanya jika kita mampu merancang dari awal dengan berkesan.
Bersedia daripada awal

Elakkan daripada melakukan apa juga kerja dan urusan pada saat-saat akhir. Apabila anda melakukan kerja tersebut pada saat akhir, anda akan berada dalam keadaan terdesak. Pada kebiasaannya, akan akan berada di pihak yang rugi jika anda melakukan sesuatu urusan. Hal ini kerana, di satu pihak lagi tahu anda berada dalam keadaan yang tidak mempunyai banyak pilihan. Dan semua kelebihan berada di pihak mereka. Mereka ada apa yang anda mahukan.

Sebagai contoh, anda ingin menempah katering untuk kenduri kahwin anda. Tetapi anda hanya melakukannya seminggu sebelum majlis perkahwinan tersebut. Dalam 20 syarikat yang anda survey, mungkin hanya 10 yang sanggup menerimanya. Separuh daripada mereka tidak boleh menerima tempahan kerana telah menerima tempahan maksimum yang mampu dipenuhi. Biasanya mereka ini adalah katering yang menyajikan makanan yang lazat-lazat dan berkualiti.

Baki yang lagi 10 tu kita faham-fahamlah. Tidaklah sebagus seperti syarikat yang lain tu. Setelah diteliti, hanya ada 3 syarikat katering yang memenuhi sebahagian besar kriteria yang anda inginkan dari segi menu makanan dan kualiti hidangan. Ketiga-tiga syarikat tersebut itu pun tidak bersetuju menawarkan harga "standard" apatah lagi memberikan diskaun kepada anda. Ini kerana anda menempah di saat akhir.

Jadi dalam keterpaksaan, anda pun mengambillah khidmat mereka walaupun dengan harga yang mahal walaupun makanannya tidaklah sesedap mana. Ya lah, apa lagi pilihan yang ada. Takkanlah nak menangguhkan perkahwinan pula.

Antara contoh urusan saat-saat akhir tanpa perancangan awal yang lain adalah seperti:
  • membuat apa jua tempahan di saat akhir seperti menempah banner, design, kuih, baju, rubber stamp, kad nama, hotel, tiket kapal terbang, kad kahwin dan photographer.
  • tidak membeli barangan secukupnya sebelum mendaftarkan anak di universiti. Sememangnya ada dijual baldi, kunci almari, berus basuh pada hari pendaftaran di universiti tersebut tapi harganya adalah berkali ganda daripada di pasar raya besar.
  • Membeli air mineral dan makanan ringan di stesen minyak di lebuh raya
  • membeli barangan di kedai 24 jam kerana semua kedai yang lain sudah tutup
  • Menangkap gambar pasport di kedai gambar
Jangan bawak anak-anak kecil ke pasar raya

Berkunjung ke pasar raya besar sudah menjadi satu kemestian buat semua orang di Malaysia kini. Paling tidak, dalam sebulan mesti ada sekali pergi ke sana. Itu pun paling minimum. Contoh pasar raya besar di Malaysia ialah seperti Giant, Carrefour, dan Tesco.

Jika kini anda sentiasa membawa anak-anak kecil anda bersama ketika ke sana, inilah masanya untuk mengubah tabiat itu. Anda yang mempunyai anak kecil tentunya tahu sangat mengapa saya berkata begini.

Dengan membawa anak-anak kecil ini, mereka begitu mudah terpengaruh dan terdorong untuk membeli barang mainan, beg dengan watak kegemaran mereka dan apa jua yang mereka inginkan. Jika ditinggalkan mereka di rumah, sudah pastilah mereka tidak merengek nak itu dan ini. Dalam erti kata yang lain, jika anda tidak membelikannya untuk mereka, mereka masih gembira denga permainan yang sedia ada di rumah.

Saya pernah berkunjung ke pasar raya giant bersama kakak dan anaknya. Kakak saya ni memang dah sedia maklum bahawa satu bahagian di pasar raya tersebut yang perlu dielakkan adalah seksyen permainan. Namun apa kan daya, kerana terlepas pandang sekejapnya, anak kecilnya itu telah berjaya menemui bahagian tersebut(yang sangat banyak permainan !).

Apa lagi, anaknya pun mengambil set permainan yang digemarinya. Soal harga tiada dalam pertimbangan mereka. Ya la, umur 4 tahun manalah reti nak tengok harga. Memanglah kakak saya cuba untuk menolak permintaan anaknya? Oleh itu, anak kecilnya itu beralih ke "pelan b". dia mula merengek, menangis dan menjerit sekuat hati. Apabila jeritan anaknya boleh didengari oleh semua orang di pasar raya tersebut, anda pun dapat jangkakan adakah kakak saya membeli atau pun tidak mainan tersebut bukan?

Ya. Kakak saya tewas buat kesekian kalinya di tangan anak kecilnya :) . Anaknya telah berjaya mendapat satu set permainan yang mengandungi pistol, peluru, topeng dan gari pada malam tersebut. Harganya adalah dalam lingkungan RM30.

Oleh itu, jika anda ingin membawa anak-anak bersama ketika pergi ke pasar raya besar ketika hendak membeli keperluan dapur misalnya, fikirkan semula. Bawalah mereka jika benar-benar perlu dan dalam keadaan terdesak sahaja seperti memang tiada orang yang boleh menjaga mereka di rumah.

ps: Oh ya. Bila di pasar raya pun kita kenalah jaga anak dengan teliti juga okey? Jangan asyik sibuk memilih barang dan membiarkan anak anda hilang dari pandangan walaupun seketika. Jika kita berjalan di luar sana sebagai seorang penculik, sememangnya sangat ramai kanak-kanak yang dengan mudah boleh menjadi mangsa kita.