Tuesday, December 9, 2008

kad kredit

Kad kredit sememangnya merupakan satu lambang status kepada ramai orang. Tapi mereka sebenarnya terpaksa membayar kos yang begitu tinggi untuk memiliki rasa bangga tersebut.

Kayu ukurnya mudah sahaja. Jika anda mampu menyelesaikan KESEMUA hutang kad kredit tersebut pada hujung bulan, anda layak memiliki dan terus menggunakan tersebut. Jika anda gagal, saya cadangkan anda berhenti menggunakannya serta merta.

Saya tidak dinafikan beberapa faedah dengan menggunakan kad kredit. Tapi jika kita selama ini sentiasa menghabiskan duit membayar "bunga" kepada syarikat kad kredit, di manakah faedahnya? Kita boleh bercakap tentang faedahnya jika kita mendapat pulangan yang menguntungkan kita. Ia memerlukan disiplin dan ilmu pengetahuan yang berkaitan.

Sebagai ganti kepada kad kredit, saya cadangkan anda menggunak kad debit. Mungkin hidup kita sukar apabila berhenti menggunakan kad kredit. Alah bisa, tegal biasa. Dengan menggunakan kad debit, kita akan sesekali berbelanja melebihi daripada duit yang kita miliki. Ia akan membuatkan kita sentiasa sedar dari. Ia diibaratkan kita sentiasa berpijak di atas bumi yang nyata. Hiduplah di bawah kemampuan sebenar kita.

Setiap pengguna kad kredit pasti dibebani dengan "bunga" yang tinggi pada setiap bulan. Syarikat-syarikat kad kredit bukan sesuka hati menawarkan hadiah yang lumayan sebaik sahaja kad anda diluluskan. Mereka menjalankan perniagaan. Setiap tindakan adalah hasil daripada kajian yang teliti. Hadiah-hadiah lumayan itu hanyalah secebis daripada pendapatan lumayan yang bakal mereka perolehi daripada kita kelak.

Sebab itu jugalah mengapa kita tidak ditawarkan hadiah yang lumayan ketika membuat kad debit. Pihak pengeluar kad tidak berkesempatan untuk mendapat pendapatan lumayan daripada kita.

Anda mungkin merasakan begitu sukar untuk berhenti menggunakan kad kredit dengan serta merta. Oleh itu, saya cadangkan anda menggunakan satu sahaja daripada beberapa kad kredit yang anda ada. Dengan mempunyai banyak kad kredit, ia hanya mendorong kita untuk berhutang dengan berkali-kali ganda lebih banyak.

Selepas itu, tetapkan matlamat untuk anda berhenti menggunakan kad kredit tersebut dan melangsaikan semua hutang tersebut. Jika anda rasakan masih memerlukan kad kredit tersebut, simpan sahaja tanpa menggunakannya. Jika pasangan anda lebih kuat disiplinnya, boleh minta pasangan anda simpankan. Kad itu hanya boleh digunakan ketika keadaan betul-betul mendesak. Bukan terdesak untuk membeli belah tetapi atas sebab-sebab kecemasan. Sebagai contoh, kereta anda rosak teruk akibat bajir kilat di rumah anda. Jadi anda memerlukan wang dengan segera untuk memperbaikinya. Contoh yang lain adalah seperti rawatan kesihatan.



next -pasal di tipu tu..

No comments: