Monday, December 1, 2008

Bersedia daripada awal

Elakkan daripada melakukan apa juga kerja dan urusan pada saat-saat akhir. Apabila anda melakukan kerja tersebut pada saat akhir, anda akan berada dalam keadaan terdesak. Pada kebiasaannya, akan akan berada di pihak yang rugi jika anda melakukan sesuatu urusan. Hal ini kerana, di satu pihak lagi tahu anda berada dalam keadaan yang tidak mempunyai banyak pilihan. Dan semua kelebihan berada di pihak mereka. Mereka ada apa yang anda mahukan.

Sebagai contoh, anda ingin menempah katering untuk kenduri kahwin anda. Tetapi anda hanya melakukannya seminggu sebelum majlis perkahwinan tersebut. Dalam 20 syarikat yang anda survey, mungkin hanya 10 yang sanggup menerimanya. Separuh daripada mereka tidak boleh menerima tempahan kerana telah menerima tempahan maksimum yang mampu dipenuhi. Biasanya mereka ini adalah katering yang menyajikan makanan yang lazat-lazat dan berkualiti.

Baki yang lagi 10 tu kita faham-fahamlah. Tidaklah sebagus seperti syarikat yang lain tu. Setelah diteliti, hanya ada 3 syarikat katering yang memenuhi sebahagian besar kriteria yang anda inginkan dari segi menu makanan dan kualiti hidangan. Ketiga-tiga syarikat tersebut itu pun tidak bersetuju menawarkan harga "standard" apatah lagi memberikan diskaun kepada anda. Ini kerana anda menempah di saat akhir.

Jadi dalam keterpaksaan, anda pun mengambillah khidmat mereka walaupun dengan harga yang mahal walaupun makanannya tidaklah sesedap mana. Ya lah, apa lagi pilihan yang ada. Takkanlah nak menangguhkan perkahwinan pula.

Antara contoh urusan saat-saat akhir tanpa perancangan awal yang lain adalah seperti:
  • membuat apa jua tempahan di saat akhir seperti menempah banner, design, kuih, baju, rubber stamp, kad nama, hotel, tiket kapal terbang, kad kahwin dan photographer.
  • tidak membeli barangan secukupnya sebelum mendaftarkan anak di universiti. Sememangnya ada dijual baldi, kunci almari, berus basuh pada hari pendaftaran di universiti tersebut tapi harganya adalah berkali ganda daripada di pasar raya besar.
  • Membeli air mineral dan makanan ringan di stesen minyak di lebuh raya
  • membeli barangan di kedai 24 jam kerana semua kedai yang lain sudah tutup
  • Menangkap gambar pasport di kedai gambar

No comments: