Gunting rambut
Bagi kebanyakan orang, ini adalah perbelanjaan wajib pada setiap bulan. Untuk membolehkan anda berjimat, anda cuma perlu lakukan sedikit “survey”. Cubalah cari di sekitar kawasan perumahan anda dan tanya kepada rakan-rakan di manakah tempat menggunting rambut yang paling murah serta mampu memberikan perkhidmatan seperti yang anda inginkan.
Dapatkanlah 2,3 pilihan dan kemudian bolehlah anda pergi ke sana. Apabila anda mempunyai beberapa pilihan, anda tiada masalah jika mereka tiba-tiba menaikkan harga ataupun anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang mereka berikan
Antara kebaikan anda kekal mendapatkan perkhidmatan daripada satu-satu kedai sahaja adalah anda mampu membina hubungan dengan mereka. Anda juga akan mendapat “extra” servis atau “extra” quality dengan bayaran yang sama kelak. Perkara yang sama aka berlaku jika anda adalah pelanggan tetap mana-mana peniaga di luar sana. Tapi jangan lupa “backup plan” anda. Tidak salah untuk membina hubugan yang baik dengan dua orang peniaga sayur di tempat anda. Tidak semestinya hanya satu J
Oh ya. Bagi mereka yang mempunyi fesyen rambut seperti saya, sudah pastilah peluang penjimatan itu terbuka lebih luas. Maklumlah, bila ke kedai gunting sahaja, saya akan beritahu kepada tukang gunting tu “Bang, potong ‘no. 1’ yer”. Jadi, faham-faham jerla. Orang yang tidak pernah menggunting rambut pun tiada masalah untuk meberikan perkhidmatan kepada saya. Kalau saya dah kahwin nanti, nak suruh isteri tersayang jer tolong gunting. Dapatlah berjimat dan bermanja-manja selalu J. Lagi pun, produktiviti saya tidak terjejas pun kerana rambut saya. Malahan lebih mudah saya nak urus dan banyak masa yang dapat dijimatkan kerana tidak perlulah nak set up rambut lama-lama setiap hari.
Bagi mereka yang mempunyai anak-anak, anda mungkin boleh belajar sedikit demi sedikit bagaimana ingin menggunting rambut mereka. Cuba sahaja dulu. “Bahan eksperimen” kan dah ada. Lama kelamaan mahirlah anda dan pastinya jiran-jiran anda berebut ingin mendapatkan hasil sentuhan kreatif anda. Jangan risau tentang hasil kerja anda yang pertama. Anak anda yang baru berusia 2 tahun itu tidak akan mengamuk walau apa jua fesyen rambut barunya J.
Dan seperti yang saya sudah perkatakan di atas, ini juga dapat mengeratkan hubungan anda dengan anak-anak anda. Anda menggunting rambut sambil berbual-bual mesra dengan mereka. Oh. Alangkah bahagianya bukan?
Peringatan penting !!: Bagi mereka yang tidak begitu yakin, tidak perlulah melakukannya okey? Ini kerana, tangan anda perlu mengendalikan alta yg tajam.......................
Bagi mereka yang memp
No comments:
Post a Comment