Jangan jadi hamba “fashion terkini”
Ada di antara kita yang begitu minat mengikuti fesyen terkini tidak kira dari segi pemakaian mahupun aksesori serta gadget seperti telefon bimbit. Dengan peredaran zaman teknologi yang semakin pesat, model-model terkini telefon bimbit misalnya tidak lagi dikeluarkan setiap 2 tahun sekali. Hampir setiap minggu, pelbagai model terbaru akan berada di pasaran. Mereka yang kononnya ingin sentiasa “up to date” dengan trend terkini tidak mahu terlepas daripada memiliki produk yang terbaru di pasaran.
Saudara dan saudari, sebelum sesuatu produk baru dikeluarkan, syarikat pengeluar terpaksa berbelanja besar untuk kos kajian dan penyelidikan (R&D). Kos untuk membangunkan satu produk baru bukanlah sedikit malahan kadang-kadang mencecah jutaan ringgit. Setelah produk itu tleh Berjaya dicipta, syarikat tersebut perlu mengeluarkan satu lagi perbelanjaan yang sangat besar yang kadangkala melebihi peruntukan kewangan yang dikeluarkan bagi membangunkan produk tersebut. Apakah kos tersebut? Ia adalah kos untuk memasarkannya. Syarikat pengeluar perlu mengadakan gimik pelancaran, melantik duta produk di kalangan artis terkenal, iklan di muka surat utama akhbar-akhbar utama dan slot waktu perdana di televisyen.
Semua perbelanjaan yang dikeluarkan oleh syarikat ini sudah pastilah akan “dipindahkan” kepada pelanggan. Para pelanggan yang membeli ketika produk itu mula-mula dilancarkanlah akan menanggung semua kos ini. Syarikat tersebut akan cuba mendapatkan balik secepat mungkin kos yang terpaksa ditanggung. Dengan itu, barulah mereka dapat membuat keuntungan setelah kesemua kos yang dikeluarkan telah dapat diganti kembali. Makin lambat kos pengeluaran diganti balik, makin lambatlah mereka akan mula mendapat keuntungan. Jadi, mereka akan meletakkan harga untuk produk yang baru dilancarkan itu setinggi mugkin yang boleh.
Setelah beberapa ketika produk itu berada di pasaran, anda akan dapat lihat harga produk tersebut telah dikurangkan kerana syarikat pengeluar telah “balik modal”. Lagi pun ,mereka telah mengeluarkan produk baru. Kini perbelanjaan dan focus mereka adalah terhadap produk baru tersebut. Bagi produk yang lain, mereka tidak perlu mengeluarkan kos-kos yang besar lagi dan harga jualan telah dapat diminimumkan. Tetapi adakah kualiti produk itu semakin teruk setelah lama dilancarkan? Tidak sama sekali !
Jika trend dari segi pemakaian pula, anda dapat lihat bahawa ianya akan diubah sedikit sahaja dan akhirnya putaran itu akan kembali semula pada tempat permulaannya. Anda juga akan dapat lihat betapa “simple”nya penampilan dan pakain yang dipakai oleh pereka fesyen itu sendiri. Terutamanya ketika menjalankan kehiudpan seharian mereka ketika tidak perlu berhadapan dengan media massa. Bagi saya, jika kita bukanlah artis terkenal yang menjadi buruan paparazzi setiap masa, tidak usahlah kita runsing untuk mendapatan semua yang terbaru di pasaran. Oh ya, artis-artis yang menghadiri majlis-majlis ternama pun ramai yang memakai baju tajaan “recycle” seperti yang telah tersebar luas buktinya di internet. Jadi, kita tidak perlulah menghabiskan duit semata-mata untuk menjadi hamba kepada fesyen dan trend.
Semua definisi “terkini”, “terbaru” dan “moden” itu sebenarnya telah ditentukan secara terancang oleh para pakar syarikat-syarikat penghasil produk tersebut. Untuk perkara ini, saya tidak bercadang untuk menghuraikan dengan lebih panjang lagi. Lihat sahajalah betapa panjangnya penerangan tentang harga di atas. Lagipun ini bukanlah buku “marketing” .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment