Tuesday, November 25, 2008

Catat setiap expenses

Kita seringkali berhadapan dengan situasi dimana kita tidak tahu ke manakah duit kita dibelanjakan. Sedar-sedar duit kita hamper habis.”Eh, aku buat apa dangan duit aku yer?”. Itulah yang kita hadapi. Bukan seklai tetapi berkali-kali. Begitulah senarionya.
Oleh itu, mulai saat ini, untuk memulakan tabiat postif untuk berjimat, anda hendaklah mencatat setiap perbelanjaan anda. Dan jika pendapatan anda datang dari pelbagai sumber, lebih baik jika anda catatkan juga.

Ini adalah sebahagian daripada pelan perancangan kewangan anda. Anda boleh mencatat di atas sebuah buku kecil yang boleh dibawa ke mana-mana. Jika ianya sekadar kertas a4 kosong, memang mudah dibawa tetapi mudah juga untuk hilang. Jika ianya sebuah buku besar, agak sukar untuk anda membawanya ke mana-mana.

Setelah direkodkan semua perbelanjaan anda, kini anda pasti tidak berhadapan dengan masalah “kehilangan” wang yang tidak dapat dikesan. Jika ia masih juga berlaku, elok jika anda memeriksa poket seluar anda. Manalah tahu ada lubang kecil di situ  .

Catatan rekod pendapatan dan perbelanjaan ini hendaklah dilakukan sebaik sahaja transaksi itu dilakukanl jangan tangguhkan walaupun untuk beberapa ketika. Lagi pun, masa yang diambil untuk mencatatnya juga tikda sampai satu minit. Jangan bertangguh langsung okey? Itu kan satu amalan yang baik.
Oleh kerana anda telah mempunyai rekod pendapatan dan perbelanjaan yang lengkap, kini anda telah mampu untuk membuat analisis pendapatan dan perbelanjaan anda. Anda boleh kira peratusan perbelanjaan anda kebanyakannya ke mana dan juga sumber pendapatan anda yang utama.

Setiap perbelanjaan juga anda boleh kategorikan sebagai sangat penting, dieperlukan dan pembaziran. Anda perlulah mengurangkan sedikit demi sedikit perbelanjaan yang dikategorikan sebagai pembaziran. Inginkan contoh? Bagi saya, merokok adalah satu pembaziran. Menonon wayang dengan kerap juga satu pembaziran. Lagipun tidak lama selepas itu, filem tersebut pasti akan disiarkan di televisyen semasa musim perayaan. Contoh pembaziran lain ada saya huraikan di dalam ebook ini. Teruskan membaca dan bacalah berulang-ulang kali sehingga anda dah hafal dan amalkan setiap langkah yang dicadangkan.

Anda juga dapat mengkategorikan setiap pembelian anda itu sebagai asset atau pun liabiliti kepada anda. Sebelum itu, biar saya jelaskan maksud asset dan liability bagi saya. Setiap orang mungkin ada pemahaman yang berbeza dan anda juga tidak semestinya bersetuju dengan saya. Baiklah, aset adalah perkara, tindakan atau objek yang akan mendatangkan keuntungan kepada kita. Ia akan membantu kita dalam meningkatkat pendapatan kewangan kita.

liabiliti pula akan menyebabkan apa yang dibelanjakan hanya akan menambahkan beban kewangan anda. Duit anda yang keluar untuk mendapatkannya tidak akan diperoleh kembali. Ini bermakna, ia tidak langsung mendatangkan faedah kepada anda. Malah, kadangkalanya, ia akan menambah perbelanjaan anda pada setiap bulan.
Apakah pula ia contoh asset dan liabiliti. Bagi saya, kereta yang dibeli melebihi daripada keperluan adalah liabiliti. Asalkan kereta itu selesa dan selamat ia sudah mencukupi. Tidak perlulah kita membeli kereta yang mewah dan mempunyai spesikasi yang lebih daripada kereta-kereta biasa. Apatah lagi menukar kepada ekzos yang lebih besar yang akan menggunakan lebih banyak minyak.

Kereta yang mewah juga memerlukan kos maintainance yang tinggi. Minyak yang digunakan lebih banyak. Bayaran servis dan alat ganti juga tinggi. Apatah lagi jika dilanggar dan sebagainya. Pasti tinggi perbelanjaan untuk memperbaikinya. Itu belum kira hutang dan bunga atau kadar keuntungan yang perlu dibayar pada setiap bulan.
Kadangkala ia bukan sahaja membuatkan duit kita semakin habis pada setiap bulan malah memudaratkan diri kita seperti merokok dan meminum minuman keras(ini memang wajib tinggalkan terus tau!).
P/S:Buat yang merokok, anggaplah teguran saya berkali-kali dalam ebook ini sebagai teguran sebagai seorang sahabat kepada rakan baiknya demi kebaikan pada masa hadapan dan kesihatan yang berpanjangan. Okey? Janganlah marah saya .

No comments: