Rancang setiap perjalanan
Rancanglah perjalanan anda tidak kira ke mana jua destinasi anda. Rancanglah dengan teliti. Sebagai contoh, jika anda tinggal di Pulau Pinang, anda tahu apa akibatnya jika menggunakan jambatan dari pulau ke tanah besar seperti Butterworth bukan? Anda akan berarak dengan sangat sangat perlahan dari sebelum menaiki jambatan tersebut lagi. Mana tidaknya, ketika ebook ini ditulis, sememangnya jambatan itu sesak dengan kenderaan di tambah pula dengan kerja-kerja pembesaran jambatan tersebut.
Jadi, akibat merelakan diri sama-sama berarak di dalam kesesakan tersebut, kita akan membuang masa berjam-jam lamanya untuk sampai ke destinasi. Dengan masa yang dibuang itu, jika dimanfaatkan, banyak perkara yang dapat dilakukan. Jika saya yang sedang menulis ebook, munkgin dapat menyelesaikan penulisan sebanyak 5 muka surat. Ingat! Jambatan tersebut bukannya pendek. Minyak juga akan banyak dibazirkan di sepanjang kesesakan.
Itu belum kira tahap tekanan perasaan anda dan para penumpang rasakan. Bosan dan penat. Anak-anak yang mungkin merengek. Banyak bukan faedahnya jin ka merancang perjalanan anda dengan bijak?
Cukuplah rasanya saya menjadikan satu contoh di atas sebagai contoh. Anda boleh sesuaikan contoh tersebut dengan jalan serta kawasan yang anda ingin kunjungi. Pergilah ketika jalan tidak sesak dan anda dapat melaluinya tanpa kesesakan serta hati yang gembira.
Oh ya, bukan sahaja anda perlu merancang ketika ingin balik ke kampong atau p
Anda juga seharusnya menyediakan duit kecil yang secukupnya. Mengapa? Lihat dua contoh situasi dibawah:
• Anda terpaksa menaiki bas untuk pergi ke tempat yang ingin dituju. Tetapi anda tidak mempunyai duit kecil. Hanya duit kertas RM50 sahaja. Kalau bayar juga pakai duit tu, memang kene marah dengan driver bas tersebutlah sebab jumlah yang perlu dibayar hanyalah RM1. Jadi anda pun pergilah ke kedai berhampiran yang sememanya diketahui harganya lebih mahal daripada kedai biasa. Di sini anda telah buat dua perkara yang boleh dielakkan iaitu mebeli barang yang anda sebenarnya tidak perlukan dan jika diperlukan pun, anda membelinya di tempat yang menjualkannya dengan harga yang lebih tinggi.
• Saya menaiki teksi dan bila dah nak turun, saya dikenakan bayaran sebanyak RM4.60. Tapi duit di tangan saya adalah duit kertas RM5 sahaja. Jadi saya pun membayarnya tapi pemandu tersebut buat tak tahu je. Tak nampak pun macam nak pulangkan baki. Saya pun menebalkan muka juga bertanya. “Pak cik, duit bakinya ada tak?” “Maaflah anak, pak cik tiada duit kecil la. ‘Halal’ jelah boleh?”. Jika anda berada di tempat saya ketika itu, apa jawapan yang anda akan berikan? Ya. Itulah jawapan yang saya akan ucapkan juga
Bg cth jambatan pulau pinang.
Cite pasal mind set duit..kebaikan duit.keburukan miskin..cite perkara tak senonoh org wat bile dah banyak duit..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment