Tuesday, November 25, 2008

Pergi ke perpustakaan

Perpustakaan-perpustakaan awam di Malaysia ini berbelanja besar untuk mendapatkan buku-buku dan majalah-majalah yang terkini dan berkualiti di pasaran. Untuk mereka yang masih belajar, perpustakaan di universiti dan kolej masing-masing juga seharusnya dimanfaat sebaik mungkin. Di situlah kita dapat membaca pelbagai majalah antarabangsa dan tempat secara percuma. Jika kita ingin membeli beberapa majalah tersebut sahaja, sudah tentulah ia akan mencecah ratusan ringgit.

Dengan kerap kali berkunjung ke perpustakaan, anda dapat memupuk minat anda terhadap ilmu dan menghargainya. Lihatlah betapa banyaknya ilmu yang boleh kita dapati dari setiap buku di sana. Dan bayangkan kehebatan yang akan kita mililki jika kita mampu untuk mengusai sebahagian daripada ilmu di dalam buku-buku tersebut.
Bagi mereka yang telah berkeluarga, aktiviti ini amat sesuai dijadikan aktiviti bersama keluarga pada hujung minggu. Perkara ini amat bermanfaat jika hendak dibandingkan dengan menjadikan aktiviti “beriadah” bersama keluarga di kompleks membeli-belah pada hujung minggu. Anak-anak hanya akan terdidik dengan perkara yang bersifat material semata-mata. Jika kunjungan ke perpustakaan pula, ia akan menggalakkan budaya membaca dan anak-anak anda akan menjadi seorang yang lebih matang dan mempunyai daya pemikiran yang tinggi.

Lihat sahaja tokoh-tokoh pelajar seperti Nur Amalina yang Berjaya mendapat ____ A dalam Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) adalah merupakan tokon Nilam Kebangsaan _____cek balik k! Anugerah Nilam adalah diberikan kepada mereka yang mempunyai rekod membaca yang terbanyak. Kebanyakan pelajar yang cemerlang akademik dan sahsiahnya adalah terdiri daripada mereka yang sangat rajin membaca. Amat pelik jika kita mendengar seorang penagih dadah, mempunyai masalah disiplin atau mereka yang malas untuk meningkatkan pencapaian dalam kehidupan mereka terdiri daripada mereka yang rajin membaca bukan?


Bagi anda yang mungkin memberikan alasan, “KF, buku-buku yang terbaru di pasaran dan bestseller mana ada di perpustakaan. Jika ada pun, sikit sangat. Mesti orang lain dah pinjam.”. Jika anda berkongsi luahan di atas, maka anda bolehlah ke kedai-kedai buku besar seperti MPH, Kinokuniya dan Borders. Pelbagai buku menarik, berkualiti dan terbaru boleh di dapati di situ. Anda boleh membaca setiap buku tersebut secara percuma. Tempat duduk juga ada disediakan. Malahan, bagi mereka yang menyertai kelab bersama MPH, satu ruangan yang cukup selesa disediakan secara ekslusif kepada anda untuk membaca.

Jika buku itu berbalut dengan plastik sekalipun, anda boleh meminta mereka untuk membuka plastik tersebut. Percuma okey? Jangan risau. Jadi anda bolehlah membaca buku bernilai ratusan ringgit secara percuma. Jika anda keluar bersama rakan-rakan pada setiap minggu ke Mid Valley misalnya, tidak salah bukan jika mereka pergi menonton wayang manakala anda pergi ke kedai buku. Mereka kemudiannya Berjaya menghabiskan duit manakala anda pula akan berjaya menambahkan ilmu yang bakal meningkat nilai dalam diri anda dan berjaya mengelak daripada melakukan pembaziran seperti mereka. Lagipun, filem yang mereka tonton itu, bukanlah anda minat sangat pun kadang-kadang kan?

Perkara ini sebenarnya adalah untuk mengelakkan kita daripada tersalah membeli buku. Kadangkala buku tersebut hanyalah mempunyai ilustrasi yang cantik di cover sahaja tetapi isi kandungaannya tidaklah mencapai standard yang anda inginkan.

Manalah tahu semasa berada di kedai buku, anda terjumpa jodoh yang sesuai untuk anda. Huhuhu. Dapatlah anda membina sebuah keluarga yang minat membaca dan berilmu tinggi.
Membaca, Membaca, Membaca
Pertama sekali, tahniah saya ucapkan kerana anda telah mempunyai ciri-ciri yang amat bernilai ini. Iaitu minat membaca. Tidak semua orang memilikinya. Malahan, hanya sedikit sangat bilangan mereka yang tergolong dalam kategori ini.
Jika anda bukanlah “ulat buku” sekalipun, cubalah baca apa jua buku yang bermanfaat sekerap mungkin. Bacalah buku-buku yang berkaitan dengan minat, hobi dan cita-cita anda.

Kepentingan membaca ini adalah demi memastikan ilmu dan nilai diri anda bertambah dari masa ke semasa. Ilmu itu kan “cahaya”? Dengan ilmulah yang akan membezakan anda dengan rakan anda yang lain. Dengan ilmu jugalah jumlah gaji anda akan ditentukan.

Melalui pembacaan, anda akan dapat lihat dan mengetahui pelbagai perkara yang leih hebat..kluar dari comfort zone.................................................
Ayat pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalah “Iqra’” iaitu bacalah. Ini menunjukkan betapa pentingnya amalan membaca ini.

No comments: